Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
Guru pelatih ditangkap berasmara
Demikian pengakuan guru pelatih perempuan berusia 18 tahun selepas ditangkap atas kesalahan khalwat di sebuah chalet di Tok Bali dekat sini malam kelmarin.
Ketika ditahan, perempuan terbabit berada dalam chalet bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun.
Penolong Penguatkuasa Agama Pasir Puteh, Ahmad Syukri Abdul Ghani berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan yang belajar di sebuah institut perguruan yang sama dalam semester satu di Johor itu menyewa dua chalet dan menggunakan salah satunya untuk berasmara.
”Kita percaya mereka tidur bersama dalam satu chalet pada sebelah malamnya,” katanya yang mengetuai serbuan bersama empat skuad Amru.
Perempuan yang berasal dari Machang dikatakan menjemput kekasihnya yang berasal dari Pahang di Bandar Tanah Merah dengan motosikal sebelum ke Tok Bali.
Berdasarkan keterangan perempuan terbabit, kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu mereka menyewa chalet dan pada jam 11 malam mereka masuk tidur bersama dan melakukan persetubuhan sebelum kegiatan mereka dihidu penguat kuasa agama keesokannya.
Menurut Ahmad Syukri, apa yang lebih mengejutkan ialah perempuan terbabit mengaku dia yang mengajak teman lelakinya bersetubuh di chalet terbabit.
”Pasangan terbabit ditahan mengikut Akta 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan atas kesalahan berkhalwat dan jika sabit dengan kesalahan, mereka boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Perempuan terbabit mengaku turut melakukan persetubuhan dengan kekasih lama dan kegagalan cinta menyebabkan dia mencari pasangan lain semata-mata untuk memuaskan nafsu.
Monday, December 29, 2008
DULU NAIK HELI SEKARANG TUNGGANG SUZUKI
SHAH ALAM: Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Selangor sebulat suara menyokong penuh pelantikan Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik sebagai Pemangku Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) bagi tempoh tiga tahun.
Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira kepimpinan dan pengalaman Datuk Hanipuddin dalam Umno Bahagian PJS.
"Kami di sini menyokong penuh serta yakin dengan kepimpinan Datuk (Hanipuddin). Kita akan melakukan yang terbaik untuk menyokong Datuk sebagai Pemangku Ketua Bahagian PJS khasnya dan Umno Petaling Jaya secara amnya.
"Dan saya yakin semua anggota Umno akan tetap menyokong Umno Bahagian PJS di bawah kepimpinan Datuk Hanipuddin," kata Muhammad kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat tersebut selama satu jam di Bangunan Umno Selangor dekat sini, malam ini.
Bekas Ketua UMNO Bahagian PJS, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang digantung daripada jawatan itu sejak awal bulan ini kerana mengkritik kepimpinan tertinggi parti, secara rasmi menyertai Pas pada 24 Dis lepas.
Zahar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Sementara itu, Hanipuddin, 60, dalam reaksinya berkata beliau menerima keputusan itu dan akan sedaya upaya bekerja keras bagi mengukuhkan lagi parti.
"Boleh dikatakan sebanyak 24 cawangan Umno PJS yang sebelum ini menentang kepimpinan Zahar bertindak menyertai kami semula selepas beliau menyertai Pas," katanya.
Beliau juga menjelaskan hanya 10 ketua cawangan Umno PJS yang keluar bersama-sama Zahar dan bukan 28, seperti dilaporkan sebelum ini.
"Seramai 86 ketua cawangan masih ada bersama kami," katanya.Sunday, December 28, 2008
KEJATUHAN HARGA GETAH
Maka rasailah kesan daripadanya. Getah asli juga jatuh merudum seiring dengan kejatuhan harga minyak. Kejatuhan harga adalah kerana saingan dengan getah sentitik yang diantara bahan utama untuk menghasilkannya adalah petrolium.
Rintihan pekebun getah terpaksa didengar ole kerajaan. Kerajaan terpaksa berusaha samaada memberi bantuan kepada pekebun kecil atau menstabilkan harga getah asli. Untuk menstabil harga getah asli kerajaan terpaksa memberikan berbagai subsidi dan menggunakan wang yang banyak untuk membeli stok getah asli pada harga lebih tinggi.
Kejatuhan harga minyakjuga menjatuhkan pendapatan Petronas dan sudah tentu kerajaan juga kurang pendapatanya dari hasil cukai dan dana keuntungan Petronas.
Dengan berbagai beban yang terpaksa ditanggung dan penyusutan pendapatan, kerajaan mahu tidak mahu terpaksa meneruskan usaha memakmurkan rakyat.
Keuntungan jangka pendek yang diterima oleh Petronas dan kerajaan samada ketika kenaikan atau penurunan harga bahan petrolium itulah yang dipertikai oleh masyarakat. Muncul ramai cerdik pandai yang menconngak harga minyak dunia dan harga minyak di pam.
Mereka mempertikaikan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan daripada pengurang subsidi. Tetapi mereka lupa keuntungan tersebut diagihkan semula kepada rakyat.
Berapa ramai kedai menjual telefon bimbit yang gembira kerana ramai yang datang membeli menggunakan duit rebet minyak yang diperolehi tetapi penerima rebet mengeluh tidak ada wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak.
Menjaga ekonomi negara bukan 'staraigh foward' seperti yang di war-warkan oleh pemimpin pembangkan terutama mantan Menteri Kewangan. Sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan ekonomi negara dan dunia dalam keadaan kukuh. Negara terlalu mewah ketika itu sehinggakan lebihan pendapatan negara dipersia-siakan untuk melabur didalam pasaran wang. Pelaburan yang melibatkan kerugian 30billion.
Diakhir tempoh perkhidmatan mantan Menteri Kewangan tersebut berlaku krisis matawang yang melumpuhkan sebahagian besar negara di Asia. Ketika itu baru teruji kemampuan beliau dan terbukti beliau gagal menagani malahan tambah mengusutkan keadaan.
Sekarang, ketika harga minyak jatuh diikuti kejatuhan komoditi utama negara, mengapa mantan Menteri Kewangan diam membisu. Pekej ransangan yang dibentang oleh kerajaan dikritik teruk sedangkan cadangan belanjawan alternatif yang dibentang oleh beliau ternyata akan gagal dalam keadaan sekarang.
Aku selalu mengingatkan mereka yang berbangga dengan kenaikan harga komoditi baik getah atau kelapa sawit bahawa apa yang mereka nikmati bersifat sementara. Jangan terlalu angkuh. Mereka yang menjalankan urusan jual beli barangan komoditi yang ketara hidup bermewah-mewah.
Teringat ketika perang Arab-Israel tahun 1967. Ketika itu terusan Suez ditutup dan Pengeluaran minyak berkurangan. Harga barangan utama termasuk minyak melambung dan mengakibatkan inflasi yang teruk. Tetapi harga getah asli melambung tinggi sehingga melepasi RM2.00. Bayangkan RM2.00 ketika itu mungkin sama nilainya dengan RM20.00 sekarang ini. Masa yang sama negara teluk menjadi kaya raya.
Akibat kenaikan mendadak maka ramailah dikalangan guru yang berhenti bekerja untuk menoreh getah walaupun terpaksa mengadapi ancaman komunis. Akhirnya mereka menyesal ketika harga getah asli bertahan diharga RM0.60 untuk jangkamasa lama.
Saturday, December 27, 2008
WINDOWS 7 BETA 1 BUILD 7000
Untuk 'beta tester' MS mungkin mengeluarkan versi Beta 1 Build 7025.
Harap Windows 7 Build 7000 ini mampu untuk menggunakan secara optima RAM berkapisiti 4Gb. Vista cuma menggunakan 2Gb daripada 4Gb RAM yang terpasang di ACER TM6292 yang aku miliki sekarang ini.
Sekarang aku menggunakan Windows 7 Pre Beta Build 6956.
Friday, December 26, 2008
YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT
SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Seremban pada pukul 11.45 pagi tadi.
Demikian disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, lapor Bernama.
Tuanku Jaafar lahir pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 iaitu dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.
Thursday, December 25, 2008
MYSPACE MENGHINA NABI DAN TUHAN - ADIBAH SUNYI
Adakah mungkin ini dilakukan oleh 'bangsa pendatang' untuk tujuan provokasi?
Lebih pelik lagi ada 'buddies' beliau dari kalangan polis yang merayu untuk mendapatkan seks. Gambar beliau berpakaian seragam polis. Entahlah.. apa nak jadi.
Aku sudah membuat laporan kepada pihak berkenaan seminggu yang lalu termasuk pihak MySpace setelah cuba menasihatkan pemilik profile tersebut tetapi tidak dihiraukan. Sebaliknya dengan angkuh beliau menemplak orang yang menasihati sebagai 'orang kampong'
MySpace tidak dapat bertindak kerana profile bukan didalam bahasa inggeris walaupun aku cuba untuk menyakinkan mereka.
Aku yakin wanita tersebut bukan pemilik sebenar profile myspace dan blogspot sebaliknya ada pihak yang menggunakan identiti beliau.
Untuk pengetahuan email aku ke JAWI 'bounce' sedangkan email tersebut diambil dari web JAWI dan gagal untuk mendapatkan email JAKIM kerana tidak dipaparkan dilaman web JAKIM.
Sunday, December 21, 2008
Al-Fatihan buat keluarga AMIR SHARIFUDIN
Saudara kita AMIR SHARIFUDIN MOHD YUSOF telah kembali ke Rahmatullah
pagi 22 DISEMBER 2008.
Doakan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama para ambia', suhadah dan
solihin.
Semuga Allah jauhkan dari azab kubur dan api neraka keatas rohnya.
ALFATIHAH...
Amin.
Wednesday, December 17, 2008
MAC OS X LEOPARD 10.5.2
Hari ini mencuba install Mac Os X diatas platform AMD.
PERMAINAN KOMPUTER BALING KASUT KE ARAH BUSH
Permainan yang digelar Sock and Awe itu dilancarkan oleh seorang rakyat Britain, Alex Tew menerusi laman web www.sockandawe.com dan setakat ini dikunjungi oleh lebih 1.4 juta pengunjung.
Nama permainan itu diambil sempena nama kempen ketenteraan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003 iaitu Shock and Awe.
Dalam permainan itu, pemain diberi masa 30 saat untuk menyasarkan balingan terhadap Bush sebelum ia bersembunyi di sebalik rostrum.
Muntadar Al-Zeidi, seorang wartawan Iraq telah membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS itu semasa lawatan perpisahan beliau ke negara berkenaan, Ahad lalu.
Tew, 24, sebelum ini pernah menarik perhatian dunia melalui laman webnya, milliondollarhomepage.com yang membantu 21 pelajar universiti menambah pendapatan dengan menjual piksel pada harga AS$1 (RM3.40) setiap piksel.
Jom kta main ramai-ramai
Thursday, December 11, 2008
Torrent speed
Saturday, December 6, 2008
Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa - Pemandangan persekitaran tempat kejadian
Friday, December 5, 2008
14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
06/12/2008 9:01am
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba.
Ketua Polis Selangir Datuk Thalib Abu Bakar berkata mayat dua beranak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi untuk bedah siasat.
Menurutnya, setakat ini seramai 93 mangsa telah diselamatkan dan ditempatkan disurau Jalan Bukit Antarabangsa.
Katanya operasi yang disertai kira-kira lebih 160 anggota penyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan lapan lagi mangsa yang terperangkap.
Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif kerana jalan utama ke kawasan tersebut tidak boleh dilalui.
Saturday, November 29, 2008
Dua kanak-kanak terperangkap dalam runtuhan tanah di Ulu Yam
HULU SELANGOR 30 Nov. – Dua kanak-kanak terperangkap dalam satu runtuhan tanah yang meranapkan sebuah rumah banglo di Ulu Yam dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, ahli-ahli keluarga yang sedang tidur nyenyak ketika itu dikejutkan oleh bunyi kuat di bahagian bilik tidur tersebut.
Sehingga pukul 10.30 pagi ini, polis, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih giat menjalankan usaha menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut
HULU SELANGOR 30 Nov. – Tiga anak mangsa yang selamat iaitu Norlisa Azira, 8; Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 4 berjaya diselamatkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan penyelamat menjumpai satu mayat dipercayai anak mangsa yang berumur 9 tahun pada 12.15 tengah hari ini.
Lima belas minit kemudian (12.30 tengah hari), mayat kedua yang dipercayai berumur 16 tahun ditemui.
Friday, November 28, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Monday, November 24, 2008
SHAHRIZAT AKAN MENENTANG RAFIDAH DIDALAM PEMILIHAN KETUA PERGERAKAN WANITA
Pelan peralihan yang dicadangkan oleh Rafidah tidak lagi relevan sekarang ini kerana banyak implikasi negatif kepada pelan tersebut.
Rafidah sepatutnya bertanding untuk mempertahankan jawatan dan tidak memerlukan kepada pelan peralihan. Sekiranya menang beliau boleh memimpin untuk satu penggal lagi.
Difahamkan Rafidah amat berharap pengganti Perdana Menteri akan melantik beliau menjadi menteri selepas ini atas kapisiti beliau sebagai ketua Pergerakan Wanita.
RAFIDAH TOLAK SYOR SHAHRIZAT - MUNGKIN BERTANDING?
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berubah fikiran dalam soal peralihan kuasa dan saingan merebut kerusi Ketua Wanita?
Selepas mesyuarat Exco Wanita di sini hari ini, Shahrizat berkata, cadangannya supaya pelan peralihan kuasa daripada Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz kepada beliau dipercepatkan kepada Mac depan ditolak oleh mesyuarat pergerakan itu hari ini.
"Cadangan mempercepatkan pelan peralihan kepada Mac semasa Perhimpunan Agung Umno tidak diterima (Tan Sri) Rafidah dan exco, tetapi pelan peralihan seperti yang dirancang pada Jun tahun depan dikekalkan," katanya.
Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Wanita, yang dipengerusikan Rafidah, Shahrizat menjawab empat soalan wartawan.
Kepada Bernama selepas sidang akhbar itu, beliau berkata, keputusan exco ialah untuk menerima saranan Rafidah seperti asal di samping menentukan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua pergerakan itu.
Shahrizat berkata pada masa yang sama, akan ada rundingan secara damai untuk menyelesaikan isu pengisian jawatan dan usaha untuk berunding bersama Datuk Kamilia Ibrahim, exco Wanita Umno yang turut layak bersama beliau untuk bertanding jawatan Naib Ketua.
Ditanya langkah beliau seterusnya ekoran penolakan usahanya agar pelan peralihan kuasa dipercepatkan selaras dengan pelan peralihan Umno induk, beliau berkata:
"Saya juga akan mengambil kira suara daripada akar umbi dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk Wanita Umno." "Untuk pelan peralihan ini berjaya, kita perlu ada kerjasama Kamilia, kalau tidak, akan ada pertandingan nanti untuk jawatan Naib Ketua".
Shahrizat berkata, beliau akan berusaha menyelesaikan isu itu secara damai berlandaskan kepada pendirian Rafidah, exco Wanita Umno serta amanah yang diberikan oleh akar umbi.
Kamilia yang juga Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar, sebelum ini berkata, beliau mahu pelan peralihan itu dipercepatkan bagi mengukuhkan kepimpinan pusat pergerakan itu.Beliau berkata jika tempoh peralihan itu dilaksanakan mengikut perancangan asal, ia akan merugikan pergerakan itu kerana ia akan memberi kekosongan kepada jawatan Ketua Wanita dan melemahkan kepimpinan parti.
Shahrizat, yang turut layak bersama Rafidah bertanding jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti akan datang, bagaimana pun enggan menyatakan sama ada beliau akan membuat keputusan ke arah itu dalam masa terdekat seperti yang digesa oleh akar umbi.
MUHAMMAD HAMPIR LAYAK BERTANDING
Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang setakat ini sudah mengumpul 37 pencalonan memerlukan hanya dua lagi pencalonan. Kuota kelayakan bagi jawatan Timbalan Presiden ialah 39 pencalonan.
Muhammad yang sebelum ini mengumpul sebanyak 30 pencalonan hari ini menambah tujuh lagi pencalonan dari bahagian Kuala Krai, Hulu Langat, Baling, Sik, Sungai Besar, Pensiangan dan Petaling Jaya Selatan. Berdasarkan kepada jumlah bahagian yang akan bermesyuarat esok, Muhammad dijangka tidak menghadapi masalah untuk mencukupkan kuota.
Esok, di Selangor sahaja terdapat empat lagi bahagian yang akan bermesyuarat iaitu Kelana Jaya, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan Ampang.
Friday, November 21, 2008
Thursday, November 20, 2008
Saturday, November 15, 2008
Saturday, November 8, 2008
DATO MOHAMED IDRIS KEKAL KETUA UMNO HULU SELANGOR
Bahagian Hulu Selangor mencalonkan Dato Seri Mohd Najib sebagai Presiden
dan Muhammad Muhd Taib sebagai Timbalan.
Jamaludin Jarjis, Ahmad Zahid Hamidi dan Khaled Nordin mendapat
pencalonan Naib Presiden
EUROCOPTER EC-725 - PERBEZAAN MALAYSIA DAN BRAZIL
Kepada yang menyalak kerana tidak dapat tender membekal helikopter untuk Tentera Udara, disini aku turunkan perbandingan spesifikasi yang dibeli oleh Malaysia dan Brazil.
Kita bukan hendak beli helikopter pengangkut tetapi heli pelbagai guna. Bayangkan misi menyelamat anak kapal MISC tempohari menggunakan helikopter pengankut. Salah satu sebab kita terpaksa membayar wang tebusan adalah kerana kita tiada kemudahan yang secukupnya untuk mendaratkan pasukan penyelamat keatas kapal.
Sekarang pembelian tersebut telah ditangguhkan dan besar kemungkinan nanti harganya akan naik lebih tinggi sekiranya kita ingin membeli helikopter berkenaan. Apayang hendak dihairankan, Perdana Menteri flip-flop.
Mengapalah kita mudah terpengaruh dengan cerita-cerita orang yang berkepentingan.
Cuba Pikiaq pasai apa Harga PROTON PESONA pun beza-beza, kalau tak berbeza spesfikasinya. Dan la ni Bandingkan kedua-dua Spesfikasi Helikopter Brazil dan Malaysia
Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA
General characteristics
- Crew: 2 (pilot + co-pilot)
- Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats
- Length: 19.50 m (63.98 ft)
- Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
- Height: 4.60 m (15.09 ft)
- Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
- Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)
- Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
- Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)
- Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each
Performance
- Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
- Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
- Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)
- Range: 857 km, 532 mi (463 nm)
- Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)
- Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)
BANDINGKAN
Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL
General characteristics
- Crew: 1
- Capacity: 24 troop seats
- Length: 19.50 m (63.98 ft)
- Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
- Height: 4.60 m (15.09 ft)
- Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
- Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)
- Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
- Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)
- Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each
Performance
- Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)
- Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)
- Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)
- Range: 573 km (310 nm, 357 mi)
- Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)
- Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)
THE JACKAL
NAJIB 112, KU LI 1, MUHYIDDIN 67, ALI 25, MUHAMMAD 19
NAJIB 112, KU LI 1, MUHYIDDIN 67, ALI 25, MUHAMMAD 18
Read more
Friday, November 7, 2008
Thursday, November 6, 2008
Sunday, November 2, 2008
MUKHRIZ 71, KHIR 56, KHAIRY 51
Razali kini mengumpulkan 91 pencalonan manakala pesaing terdekatnya, exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 80 pencalonan.
5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-56 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kudat, Sabah, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 80 pencalonan.
5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-55 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sungai Besar, Selangor yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 79 pencalonan.
PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR
Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup.
Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya.
Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, 61, yang kini ketua pembangkang di Parlimen didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
MUKTAMAD, NAJIB MENANG TANPA BERTANDING
Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi.
Dengan kemenangan itu, Najib bakal diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.
Mengikut tradisi Umno seseorang pemimpin yang dicalonkan perlu menerima pencalonan sebagai syarat bertanding.
Dalam kes Najib, kedudukan beliau akan menjadi rasmi Mac depan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan bertanding jawatan itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya.
Malah, Najib yang kini merupakan Timbalan Presiden Umno dijangka menyapu kesemua pencalonan daripada 27 bahagian yang bersidang sepanjang hari ini.
Sehingga pukul 2 petang, Najib telah menerima sebanyak 122 pencalonan. Ia meningkat 12 lagi menjelang pukul 4.11 petang tadi.
Setelah 123 bahagian selesai mengadakan persidangan perwakilan sehingga malam tadi, hari ini 27 lagi bahagian melangsungkan pertemuan masing-masing.
Jumlah itu menjadikan 147 bahagian akan selesai bersidang menjelang tengah malam ini.
Keseluruhan bahagian Umno ialah 191. Persidangan perwakilan perlu berakhir menjelang 9 November.
Semalam Najib menyapu bersih kesemua pencalonan kecuali Gua Musang yang diterima oleh Tengku Razaleih Hamzah.
Razaleigh yang turut menawarkan diri merebut jawatan Presiden Umno, memperoleh pencalonan tunggalnya daripada bahagian yang diketuainya, Gua Musang.
Seseorang calon yang layak bertanding jawatan itu perlu memperoleh minimum 58 pencalonan.
Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendahului bagi jawatan Timbalan Presiden dengan mendapat 69 pencalonan apabila menokok empat lagi pencalonan daripada bahagian Bagan, Tambun, Kota Baharu dan Kubang Pasu manakala Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menambah dua pencalonan daripada bahagian Padang Serai dan Batu menjadikan 25 pencalonan setakat semalam.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib juga pencalonan, daripada bahagian Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krau, Jerantut dan Bera, menjadikan 20 pencalonan manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menerima pencalonan sulungnya bagi jawatan Timbalan Presiden menerusi bahagian Gua Musang.
Selain jawatan Presiden, persidangan hari ini juga akan mampu memutamadkan calon-calon yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Jawatan itu memerlukan pencalonan sekurang-kurangnya 39.
MAHATHIR: UMNO PERLUKAN BADAN PENASIHAT BEBAS PULIH PARTI
"Kita perlu ada badan penasihat, tapi badan penasihat itu perlu tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri," katanya dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani sebentar tadi.
Namun jelas beliau, jika badan tersebut dipengarahi pihak-pihak tertentu, ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada Umno itu sendiri.
Selain itu beliau berkata Umno seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.
"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.
"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," katanya.
Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.
"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk Pas kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.
Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.
"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.
Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.
"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti," katanya lagi.
Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.
"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.
"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.
Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.
"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya.
Bagaimanapun Mahathir masih berkeyakinan BN akan pulih jika semua pemimpin parti komponennya turun padang serta kembali mendekatkan diri dengan rakyat.
"Kalau terus bergaduh sesama sendiri tak ada faedah, pilihan raya lalu bukan sahaja buruk bagi Umno malah semua parti komponennya hampir hancur.
"Jadi BN perlu tunjuk teladan yang baik untuk kembalikan keyakinan rakyat," katanya.
NAJIB 112, KU LI 1, MUHYIDDIN 67, ALI 25, MUHAMMAD 19
Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 90 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (67), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (51) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).
Saturday, November 1, 2008
MUKHRIZ 69, KHIR 52, KHAIRY 50
Datuk Mukhriz Mahathir mendapat dua lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kuala Pilah dan Kota Raja. Dengan ini, Mukhriz kini mendapat 69 pencalonan.
Bagi naib ketua, Kuala Pilah dan Kota Raja mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.
2.30 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kini memperolehi 52 pencalonan selepas mendapat empat lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda, sehingga jam 2.30 petang ini.
Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Tanjung Malim, Puchong, Kulim-Bandar Baru dan Teluk Kemang.
Bagi jawatan naib ketua, Tanjung Malim, Puchong dan Teluk Kemang mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.
Manakala Kulim-Bandar Baru dan Kota Baru mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican.
Manakala Khairy Jamaluddin pula mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Kota Bharu jumlah jumlah pencalonan untuk ahli Parlimen Rembau itu ialah 50 setakat ini.
NAJIB 95, MUHYIDDIN 62, MOHD ALI 21, MUHD TAIB 14
Mohd Ali dicalonkan oleh bahagian Kuala Kangsar manakala Muhd Taib dicalonkan oleh bahagian Petaling Jaya Utara.
Dengan itu, Mohd Ali kini mengumpul 21 pencalonan manakala Muhd Taib mendapat 14 pencalonan.
Bagi naib presiden pula, Petaling Jaya Utara mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kuala Kangsar pula mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (79), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (54), Datuk Shafie Apdal (44), Datuk Khaled Nordin (46), Datuk Syed Hamid Albar (20), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).
KHIR LEPASI QUOTA PERTANDINGAN
SNIPPETS - FROM TUN DR MAHATHIR BLOG
Bayangkan seandainya Tun tiada lagi, aku rasa lebih banyak pembohonganakan dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Sudah lah Anwar, tinggal berapa kerat lagi pengikut kaki jubur yang masih mahu mendengar pembohongan.
Jangan terkejut satu hari nanti Anwar pula akan dibohongi oleh pengikut beliau.
INTERVIEW
1. I was interviewed by the BBC on the current financial turmoil and over management of the currency crisis in 1997 - 98.
2. I was amused when he attributed the pegging and the elimination of CLOB (Central Limit Order Book) to Dato Seri Anwar Ibrahim. I asked him whether he was given this information by Anwar. He did not answer.
3. Of course I did not do everything by myself. I had a lot of help from others. But Anwar was not one of them. He, many will remember, was the Minister of Finance who implemented the IMF strategy without the IMF with disastrous results.
Read more
ZAID LEPASKAN JAWATAN SENATOR
Itulah yang sebaik-baiknya untuk orang yang tiada pendirian seperti Zaid.
PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah melepaskan kedudukan sebagai anggota Dewan Negara beberapa minggu selepas meletakkan jawatan Kabinet September lalu.
Zaid, yang pernah secara terbuka mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mendedahkan perkara tersebut pada satu seminar di ibu negara semalam.
MAHKAMAH BEBASKAN RAZAK BAGINDA
Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.
Mahkamah menetapkan 10 November ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri. Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.
Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006.
Manakala Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.
Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.
Pihak pendakwa dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak itu.
Razak diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong. Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar manakala Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal.
Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.
Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh pula bertindak peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.
Pihak mendakwa selesai berhujah pada 23 Jun lalu selepas mahkamah mendengar keterangan daripada 84 saksi selam 151 hari.
Abdul Razak yang jelas kelihatan gembira dengan keputusan tersebut, meninggalkan mahkamah dengan ditemani isteri dan anak perempuannya pada kira-kira jam 10.10 pagi.
Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan yang menunggunya, dan hanya berkata: "Saya mahu pulang ke rumah".
malaysiakini.com
Friday, October 31, 2008
PM MINTA MAAF, AKUI KESILAPAN KOS BELIAN EUROCOPTER
KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi mengakui berlaku sedikit kesilapan semasa beliau menyatakan mengenai harga pembelian Eurocopter EC-725 semasa mengumumkan keputusan penangguhan pembeliannya Selasa lalu.
"Mengenai harga, semasa saya keluarkan kenyataan iaitu RM1.7 bilion, itu berlaku sedikit kesilapan... saya minta maaf pada kesilapan itu.
Beliau berkata, angka "dibundarkan" sebanyak RM1.7 bilion yang diberikan sebelum ini adalah silap.
"Semasa saya membuat kenyataan yang ia sebanyak RM1.7 bilion, itu silap... saya minta maaf bagi kesilapan itu, pegawai letakkan RM1.607 bilion, jadi saya kata kita boleh bundarkan angka itu kepada RM1.7 bilion.
"Pagi ini semasa saya di Kementerian Pertahanan, saya dimaklumkan yang angka itu salah, sebenarnya harganya RM1.607 bilion. Tetapi ini adalah akademik sebenarnya, apabila kami memutuskan kemudiannya untuk merundingkan pembelian helikopter dan pada ketika itu kami berpendapat tiba masanya untuk kami berbuat demikian, kami lihat apakah harganya yang sebenar," katanya.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Daya Saing Industri Sawit di Bangunan Parlimen petang semalam.
Beliau berkata, pertikaian mengenai harga dalam urusan pembelian Eurocopter pada peringkat ini akan menjadi akademik dan teknikal khususnya apabila kerajaan memutuskan menangguhkan pembelian pesawat itu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat hari ini mengenai perbezaan harga pembelian helikopter terbabit.
Semalam, anggota Dewan Rakyat dari DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri supaya menjelaskan perbezaan dalam jumlah kos yang diperuntukkan untuk membeli 12 helikopter berkenaan.
Menurut Lim, pengumuman Abdullah menunjukkan kerajaan akan memperuntukkan RM1.67 bilion iaitu berbeza berbanding dengan nilai RM1.1 bilion yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah pada Sabtu lalu.
"Bagaimana tender RM1.1 bilion boleh berkembang menjadi RM1.7 bilion sebelum surat tawaran dikeluarkan," kata Lim.
Beberapa ahli Parlimen juga membangkitkan hari ini.
Pada Selasa, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725, yang keseluruhannya bernilai RM1.679 bilion, pada masa ini sehingga keadaan krisis ekonomi dunia kembali stabil.
Abdullah, yang juga Menteri Pertahanan, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lepas.
Abdullah berkata kerajaan akan membeli helikopter itu lebih awal jika keadaan ekonomi kembali pulih.
Beliau berkata proses pembelian pesawat itu memgambil masa selama tiga tahun.
Abdullah turut menjelaskan bahawa peruntukan pembelian Eurocopter itu adalah sebanyak RM1.679 bilion dan bukannya RM2.3 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata prestasi helikopter itu telah terbukti kerana beberapa negara termasuk Perancis, telah menggunakannya sebagai pesawat sokongan tempur di Afghanistan.
"Juruterbang kami juga telah menggunakan dan mencuba helikopter itu di pameran LIMA, jadi mereka tahu akan prestasinya.
"Sebelum kami mengesahkan pembelian itu, biasanya kami akan pergi melakukan pemeriksaan penghantaran, ketika itulah helikopter itu diperiksa secara terperinci, jadi tiada apa yang luarbiasa mengenai apa yang kami lakukan itu.
"Ia bukan satu eksperimen, ia telah diuji malahan dalam situasi tempur," katanya.
Najib berkata, pembangkang sebenarnya suka memperbesarbesarkan isu urusan pembelian hekikopter itu.
PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR
Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup.
Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya.
Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, 61, yang kini ketua pembangkang di Parlimen didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
KHAIRY JATUH TEMPAT KE 3
Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya - pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.
Dengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.
Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini.
Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.
HARGA MINYAK TURUN KALI KE 4, ANTARA 15-20 SEN HARI INI?
Thursday, October 30, 2008
WINDOWS 7 GANTI VISTA JANUARY 2010
Tetapi kita bernasib baik kerana tidak perlu menunggu sehingga 2010 untuk menggantikan 'BETA' Perdana Menteri kita. InsyaAllah Mac 2009 kita dapat Perdana Menteri yang boleh terus digunapakai.
Sama seperti Windows 7 yang di perbaiki bagi membaiki kelemahan dalam Windows Vista 'KELEMBAPAN' melaksanakan tugas, memerlukan banyak 'MEMORI', selalu 'Crash', 'Sleep Mode problem' , 'Bluescreen' serta terlalu banyak 'kosmetik' dan 'rebranding'. 'Bridge' yang sepatutnya dimasukkan telah di keluarkan.
'Window 7' perlu lebih efisyen, tidak memerlukan banyak memori dan lebih lancar tidak banyak 'crash' dan tiada 'sleep mood problem'. 'Bridge' serta 'track' yang telah dikeluarkan hendaklah dimasukkan semula.
SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.
“Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.
Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.
Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.
“Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP.
“Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya.
Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.
“Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie.
Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’.
Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.
Wednesday, October 29, 2008
WINDOWS 7 MENGGANTIKAN VISTA JANUARI 2010
SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.
"Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan," kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.
Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.
Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.
"Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan," kata Rosoff kepada AFP.
"Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna," katanya.
Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.
"Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini," kata Ozzie.
Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software 'Microsoft Office'.
Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.
Sunday, October 26, 2008
Wednesday, October 15, 2008
Wednesday, October 8, 2008
Teater Muzikal Layang-layang Terbang Melayang
Nak komen sikit, kenapa tikit murah sangat. Bila murah ianya semacam tidak dihargai.
Tahniah lah kat korang yang berinisiatif, inovatif, kreatif dan berbagai tif.