Sunday, March 4, 2007

Liputan DiGi Edge di Hulu Selangor

Aku bercadang nak tamatkan sahaja penggunaan DiGi Mobile Data akhir bulan ini. Tapi sebentar tadi dapat msg dari kawan di DiGi memberitahu aku Hulu Selangor sudah ada liputan DiGi Edge.

Aku bercadang nak bagi emak aku gunakan di kampong :-D sebab aku sudah menggunakan Celcom Unlimitted 3G Data Access. Lebih laju sekiranya menggunakan teknologi HSDPA (3.5G). Dari pengalaman aku, pernah dapat speed sehingga 918kbps.
Tapi apa yang aku lihat cuma di atas peta sahaja. Bila aku buat fieltest tak satu tempat yang bertanda oren tu dapat EGPRS (Edge). Tertipu lagi aku oleh orang kuning yang gemuk tu.
Aku ingat orang kuning yang gemuk tu sekarang berada di Bukit Tagar kutip sampah :))

Wednesday, February 28, 2007

DiGi Dot Com SyokSendiri

Laju sangat ke EDGE tu untuk buka laman web DiGi.Com.My tu.

Kenapa tiada pilihan HTML sahaja untuk melaksanakan urusan. Mungkin mereka yang mengendali laman web tersebut merasa mereka canggih sangat sampai lupa kalau dapa GPRS sahaja jangan mimpi nak berurusan online.

Mereka yang menggunakan OS selain Micro$oft tak boleh nak buka web.

Ini yang dikatakan syok sendiri.. dan mereka yang merasa diri mereka canggih sangat tu sebenarnya bengongggg.

Korang kat DiGi tengok sendiri je lah web tu atau bagi je orang kuning yang perut buncit tu tengok.

Tuesday, February 27, 2007

Dapat juga makan goreng cempedak yang di idamkan


Walaupun sekarang bukan musim cempedak :-)
Abang beli kat mana ni ?

Saturday, February 24, 2007

Si Dia teringin nak makan cempedak goreng :)




GORENG CEMPEDAK
Bahan buah cempedak [ambil isi saja] minyak
Bahan bater 2 cawan tepung beras 1 biji telur [gred c] garam kunyit sedikit air kapur air secukupnya
Cara 1. Bancuhkan bahan bater sehinga cukup cair. 2. Panaskan minyak yg banyak dalam kuali sehingga cukup panas. 3. Celupkan buah cempedak dalam adunan bater dan masukkan dalam kuali. 4. Gorengkan sehingga kuning keemasan. 5. Bila dah nampak agak garing angkat dan toskan. 6. Hidangkan.