Monday, September 10, 2007
Kena Gout lagi...
Sunday, September 9, 2007
Refresh
Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut sesuatu yang belum pasti dan melupakan sesuatu yang pasti dan mereka hanya mampu menangis dan menyalahkan takdir senadainya gagal mendapatkannya.
Keresahan II
Entah mengapa fikiran aku rasa terganggu
Puas au pujuk hati aku untuk menerima apa jua keadaan yang menimpa diri ini.
Aku tahu, aku bersalah didalam banyak hal kerana tidak mampu memahami hatinya apa lagi mebahagiakannya.
Aku sentiasa mencuba yang terbaik, namum mungkin takdirnya begitu. Aku pasrah atas takdir dari Yang Maha Esa.
Hanya Mu ya Allah yang tahu segalanya dan aku menerima takdir yang ditentukan. Mungkin ini ujian yang terbaik dariMu yaAllah bagi menyedarkan aku dari kelekaan aku selama ini.
Baru sebentar tadi aku berdoa memohon Kerahiman dan Kerahmatan dariMu.
Seperti suatu /'miracle'/ yang tidak boleh aku ceritakan berlaku atas kehendakNya dihadapan ku.
dan aku....
Mulai merasai KEDAMAIAN diHati beransur kembali.
Friday, September 7, 2007
Sunday, September 2, 2007
KERESAHAN
Dalam hidup ini dugaan demi dugaan adalah lumrah. Tanpa dugaan bukan penghidupan namanya.
Kekadang kita gembira, suka dan kekadang kita berduka. Yang lazimnya kita sentiasa dalam keresahan. Berbagai punca dan sebab yang membuatkan kita resah. Selalunya melibatkan perhubungan antara insan.
Sebagai muslim yang mengaku beriman, manusia terus mengeluh dan terus merintih. Dengan sedikit dugaan dari Tuhan, membuat kita hilang keimanan. Mengapa ya...
Aku tidak terkecuali dari menghadapi fenomena leresahan ini. Hari ini hati ku resah dan gundah tanpa sebab. Apa yang ku buat serba tak kena. Puas ku pujuk hati ini, tapi masih gagal. Aku mula mempersoalkan tentang keimanan ku sendiri.
Ya الله, kekadang aku juga lalai mengingati mu. Tersedar aku selama ini aku terlalu lalai dengan perintah mu. Aku tersedar kelalaian aku memenuhi perintah Tuhan menyebabkab hati menjadi resah. Engakau sebenarnya sedabg menduga kerana kelalaian aku selama ini.
Yang berlalu biar berlalu, yang dah berlaku lupakan. Dunia ni kan luas. Kalau tak disini disana. Kalau tak dia, mungkin orang lain, hari ini mungkin susah besok belum tentu. hari ini dia besok orang lain dan seterusnya.
Seandainya diri kita merasa kecewa, cuba renungkan sejenak nasib mereka yang mungkin kita pernah kecewakan. Jangan mengeluh dan menganggap ianya sebagai balasan kesilapan lalu kita. Tetapi jadikan ianya sebagai satu keadaan biasa yang akan dilalui oleh sesiapa sahaja.
Syair arab ada mengatakan:
PEDULIKAN APA YANG BERLAKU
Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,
Bertenaglah bila qada menjatuhkan hukuman,
Jangan tersentak dengan peristiwa (duka) malam hari,
Peristiwa di dunia ini tidak kekal selamanya.
(Bait imam syafei)
---------------------------------------------------------
KEAIBAN PADA DIRI KITA
Kita kerap meyalahkan zaman ini,
sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita,
tiada sebarang aib pada zaman kita,
kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya..
kalau zaman tahu mengatur kata,
tentulah ia mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..
sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..
sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri
-----------------------------------------------------------
KUTUKAN TERHADAPKU
Sekiranya datang padamu kutukan terhadapku dari orang yang kurang (akhlaknya dan ilmunya)..
----------------------------------------------------------
Ajal dan pertemuan di tangan Tuhan. Qadar mungkin boleh diubah dengan doa, qada' ada lah kata putus. Mengapa Qada' disebut dahulu dari Qadar?.. Tak faham...
الرحمن, الرحيم berilah aku kekuatan menghadapi hidup ini.
Saturday, August 18, 2007
Celcom HSDPA
Aku mencadangkan Huawei E220 HSDPA/3G/EDGE/GPRS USB Modem atau Sierra Wireless Aircard 875 HSDPA/3G/EDGE/GPR. Kedua-duanya berkemampuan untuk mencapau kelajuan maksima HSDPA 3.6Mbps
Aku cuba menggunakan E220 di Shah Alam. Hanya di sekitar Seksyen9 aku dapat speed HSDPA. Mungkin disitu terletaknya Pusat Perkhdmatan Celcom.
Sekarang ini Celcom membuat perubahan terhadap plan 3G unlimited. Berbagai iklan yang mengelirukan mengenai plan tersebut yang berbeza-beza antara iklan di laman web mereka dan iklan di akhbar. Pada iklan tersebut plan C68 kelajuan data di hadkan sehingga 384Kbps sahaja.
Semasa mencuba plan c68 di Seksyen 9 Shah Alam aku masih boleh memperolehi kelajuan HSDPA 900+Kbps.
Kalau tanya Kaunter Celcom lain jawapan mereka dengan pertanyaan pusat pertanyaan pelanggan *1111* ada berbagai versi.
Plan penggunaan harian RM8 bagi 24jam pula tiada sekatan (caps). Kelajuan bergantung mengikut liputan samaada HSDPA atau UMTS.
Kononnya plan D99 dan D120 telah dimansuhkan dan akan diganti dengan plan baru dimasa hadapan.
Thursday, August 9, 2007
HTC TyTN II P4550 (HTC Kaiser 120)
TyTN II
THE ULTIMATE MOBILE COMPANION
Processor
Qualcomm® MSM 7200, 400MHz
Operating system
Windows Mobile 6 Professional
Memory
ROM: 256MB
RAM: 128MB SDRAM
Dimension
112 mm (L) X 59 mm (W) X 19 mm (T)
Weight
190g with battery
Display
2.8 inch, 240 X 320 QVGA TFT-LCD display with adjustable angle and backlight
Network
HSDPA/UMTS: Tri-band 850, 1900, 2100 MHz
HSDPA: Up to 384kbps for upload and 3.6Mbps for download
UMTS: Up to 384kbps for upload and download
GSM/GPRS/EDGE: Quad-band 850, 900, 1800, 1900 MHz
(The device will operate on frequencies available from the cellular network)
Device Control
Finger scrolling and panning
5-Way navigation control
Keyboard
Slide-out QWERTY keyboard
Connectivity
Bluetooth® 2.0 with A2DP& ACRVP
Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g
HTC ExtUSB™ (11-pin mini-USB and audio jack in one)
GPS antenna connector
Camera
Main camera: 3 megapixel CMOS color camera with auto focus
Second camera: VGA CMOS color camera
Audio
Built-in microphone and speaker
Ring tone supported formats:
MP3, AAC, AAC+, WMA, WAV, and AMR-NB
40 polyphonic and standard MIDI format 0 and 1(SMF)/SP MIDI
Battery
1,350 mAh rechargeable Li-polymer battery
Standby time:
Up to 350 hours for UMTS
Up to 365 hours for GSM
Talk time:
Up to 264 minutes for UMTS
Up to 420 minutes for GSM
Up to 120 minutes for video call
Expansion Slot
microSD™ memory card (SD 2.0 compatible)
GPS
Internal GPS antenna, MapKing R12 software
AV Adaptor
Voltage range/frequency: 100 ~ 240V AC, 50/60Hz
DC output: 5V and 1A
Value Added Applications
3G-324M Video Telephony, Comm Manager, Task Manager, HTC Home™ menu screen, Business Card Scanner, Microsoft® Office Mobile ( Outlook® Mobile, Word Mobile, Excel® Mobile, and PowerPoint® Mobile), Adobe Reader LE (PDF), Internet Explorer® Mobile, Windows Media® Player 10 Mobile, Windows Live™, Internet sharing, Network Wizard, Cyberon Voice Commander, Sprite Backup (in CD), CE-Star (in CD), Map (MapKing R12)
