Monday, September 17, 2007

Kisah seorang sahabat yang dalam kemelut percintaan

Kau bertanya apakah:
Aku mendekati dikau kerana tubuh mu
Aku mencari pelbagai alasan kerana telah mendapat sesuatu yang berharga milik mu
Aku berharap untuk melakukannya lagi
Aku tidak ingin untuk hidup bersamamu selamanya

Aku jawab semua seolan dengan satu perkataan:
"YA"

Sedang kau lupa..
Menduakan aku kerana apa?
Bukan kerana tubuhnya dan pada orang itu juga bukan kerana tubuh mu ?
Kau sentiasa mengulangi soal kehormatan yang mungkin untuk menutup sesuatu. Mungkin bukan aku yang pertama.
Sehingga sanggup menidurinya.

Setelah kita calar balar bersengketa tidak mudah bagiku melupakannya. Seandainya sembuh sekalipun parut tetap tinggal.

Adilkan dalam keadaan calar-balar orang ketiga dipuja dan aku dijadikan tempat persinggahan. Untuk kau mengadu kesedihan seandai ditinggalkan.

Apa muslihat tiba-tiba berlaku mesra dan setia kembali kepadaku. Adakah sekadar lakonan agar aku tidang mengganggu mereka. Sekian lama tertipu membuat aku lebih berhati-hati.

Sabar sahabat ku... Kebahagian ada dimana-mana.

Sunday, September 16, 2007

Tazkirah Ramadhan - ZINA

DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Sekarang ini mendapat isteri perlu berhati-hati kerana yang disunting mungkin sudah ternoda atau dinoda atau penoda. Tapi bila difikir kembali sama sahaja, baik lelaki baik wanita semuanya pernah merasa hubungan seks sebelum bernikah lalu buat apa berpura-pura wanita penzina bersama lelaki penzina bukankah keduanya sama sahaja ?

Firman Allah, yang bermaksud: “Penzina lelaki itu tidak bernikah melainkan dengan wanita penzina atau wanita musyrikah (kafir) dan wanita penzina itu tidak bernikah melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik (kafir) dan yang demikian itu diharamkan kepada orang yang beriman” ( An-Nur : 3).

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Monday, September 10, 2007

Kena Gout lagi...

KIFARAH dari Tuhan menjelang Ramadhan

Dah nak puasa ni ada saja yang tak kena... Tahun lepas bulan puasa kena gout.

Gout bukan disebabkan oleh permakanan semata-mata. Termasuk juga kurang rehat dan tidor dan oleh tekanan perasaan. Tambah lagi satu bila kita rasa tiada siapa yang ambil berat tentang kita. Bulan lepas pun kena jugak..

Sunday, September 9, 2007

Refresh

Refresh balik kenangan yang hampir pudar kerana kelekaan dan mengharap sesuatu yg tak pasti.

Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut sesuatu yang belum pasti dan melupakan sesuatu yang pasti dan mereka hanya mampu menangis dan menyalahkan takdir senadainya gagal mendapatkannya.

Keresahan II

Entah mengapa fikiran aku rasa terganggu

Puas au pujuk hati aku untuk menerima apa jua keadaan yang menimpa diri ini.

Aku tahu, aku bersalah didalam banyak hal kerana tidak mampu memahami hatinya apa lagi mebahagiakannya.

Aku sentiasa mencuba yang terbaik, namum mungkin takdirnya begitu. Aku pasrah atas takdir dari Yang Maha Esa.

Hanya Mu ya Allah yang tahu segalanya dan aku menerima takdir yang ditentukan. Mungkin ini ujian yang terbaik dariMu yaAllah bagi menyedarkan aku dari kelekaan aku selama ini.

Baru sebentar tadi aku berdoa memohon Kerahiman dan Kerahmatan dariMu.

Seperti suatu /'miracle'/ yang tidak boleh aku ceritakan berlaku atas kehendakNya dihadapan ku.

dan aku....

Mulai merasai KEDAMAIAN diHati beransur kembali.

Friday, September 7, 2007

Marhaban Ya Ramadhan


Setan cuti sebulan jangan pulak kita ambik alih

Sunday, September 2, 2007

KERESAHAN

Dalam hidup ini dugaan demi dugaan adalah lumrah. Tanpa dugaan bukan penghidupan namanya.

Kekadang kita gembira, suka dan kekadang kita berduka. Yang lazimnya kita sentiasa dalam keresahan. Berbagai punca dan sebab yang membuatkan kita resah. Selalunya melibatkan perhubungan antara insan.

Sebagai muslim yang mengaku beriman, manusia terus mengeluh dan terus merintih. Dengan sedikit dugaan dari Tuhan, membuat kita hilang keimanan. Mengapa ya...

Aku tidak terkecuali dari menghadapi fenomena leresahan ini. Hari ini hati ku resah dan gundah tanpa sebab. Apa yang ku buat serba tak kena. Puas ku pujuk hati ini, tapi masih gagal. Aku mula mempersoalkan tentang keimanan ku sendiri.

Ya الله, kekadang aku juga lalai mengingati mu. Tersedar aku selama ini aku terlalu lalai dengan perintah mu. Aku tersedar kelalaian aku memenuhi perintah Tuhan menyebabkab hati menjadi resah. Engakau sebenarnya sedabg menduga kerana kelalaian aku selama ini.

Yang berlalu biar berlalu, yang dah berlaku lupakan. Dunia ni kan luas. Kalau tak disini disana. Kalau tak dia, mungkin orang lain, hari ini mungkin susah besok belum tentu. hari ini dia besok orang lain dan seterusnya.

Seandainya diri kita merasa kecewa, cuba renungkan sejenak nasib mereka yang mungkin kita pernah kecewakan. Jangan mengeluh dan menganggap ianya sebagai balasan kesilapan lalu kita. Tetapi jadikan ianya sebagai satu keadaan biasa yang akan dilalui oleh sesiapa sahaja.

Syair arab ada mengatakan:

PEDULIKAN APA YANG BERLAKU

Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,

Bertenaglah bila qada menjatuhkan hukuman,

Jangan tersentak dengan peristiwa (duka) malam hari,

Peristiwa di dunia ini tidak kekal selamanya.

(Bait imam syafei)

---------------------------------------------------------

KEAIBAN PADA DIRI KITA

Kita kerap meyalahkan zaman ini,

sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita,

tiada sebarang aib pada zaman kita,

kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya..

kalau zaman tahu mengatur kata,

tentulah ia mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..

sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..

sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri

-----------------------------------------------------------

KUTUKAN TERHADAPKU

Sekiranya datang padamu kutukan terhadapku dari orang yang kurang (akhlaknya dan ilmunya)..

Itulah buktinya bahawa aku ini sebenarnya sempurna tiada kekurangan


----------------------------------------------------------

Ajal dan pertemuan di tangan Tuhan. Qadar mungkin boleh diubah dengan doa, qada' ada lah kata putus. Mengapa Qada' disebut dahulu dari Qadar?.. Tak faham...



ا
لرحمن, الرحيم berilah aku kekuatan menghadapi hidup ini.