Wednesday, September 19, 2007

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak

Kadang-kadang mak bapak juga ada silapnya. Berkira sangat nak beli laptop atau pc yang sekarang ini boleh didapati bawah harga RM2,000.

Broadband juga semakin murah. Untuk memasang Streamyx dirumah cuma RM77 sebulan. Celcom 3G Unlimited RM68 sebulan.

Cuba lihat handphone milik orang sekarang, tidak kira milik anak atau mak bapak. Harga mencecah ribuan ringgit.

Apabila sianak tidak mendapat kemudahan tersebut dirumah mereka akan menggunakan kemudahan di kafe siber tanpa kawalan ibu bapa. Pemili kafe siber mementing keuntungan semata-mata.

Kafe siber jadi tempat murid sekolah lepak
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kafe siber yang menjadi tempat ‘persembunyian’ tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu dan ditemui semula hari ini adalah lokasi kegemaran murid-murid melepak pada waktu persekolahan.

Tuesday, September 18, 2007

Syair Istikharah

Ya - Rabbul Ariffin
Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku
tercipta buatku
dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
Tetapkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.

Ya Muhaimin
Seiringkanlah kami
mengiringi kehidupan luas ini
ketepian yang sejahtera.

Ya Rabbul Fatihin
seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku
dan peliharakanlah aku dari kecewa.

Ya Rabbul Izzati
Berikanlah aku kekuatan,
melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
agar aku bisa bahagia
walaupun tanpa dirinya.

Ya Rabbul Quddus
Gantikanlah yang telah patah
meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana aku mengasihinya
aku mohon pada Mu Allah
agar melenyapkan perasaan ini
seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.

Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
aku mohon kasih dan sayang Mu
agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Didunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin………

HTC TyTN II Berada di pasaran Malaysia

Dijangka berada di pasaran menjelang Oktober 2007
SRP RM3,088.00


Spesifekasi

Monday, September 17, 2007

Biarkan Bulan Bicara

Kisah seorang sahabat yang dalam kemelut percintaan

Kau bertanya apakah:
Aku mendekati dikau kerana tubuh mu
Aku mencari pelbagai alasan kerana telah mendapat sesuatu yang berharga milik mu
Aku berharap untuk melakukannya lagi
Aku tidak ingin untuk hidup bersamamu selamanya

Aku jawab semua seolan dengan satu perkataan:
"YA"

Sedang kau lupa..
Menduakan aku kerana apa?
Bukan kerana tubuhnya dan pada orang itu juga bukan kerana tubuh mu ?
Kau sentiasa mengulangi soal kehormatan yang mungkin untuk menutup sesuatu. Mungkin bukan aku yang pertama.
Sehingga sanggup menidurinya.

Setelah kita calar balar bersengketa tidak mudah bagiku melupakannya. Seandainya sembuh sekalipun parut tetap tinggal.

Adilkan dalam keadaan calar-balar orang ketiga dipuja dan aku dijadikan tempat persinggahan. Untuk kau mengadu kesedihan seandai ditinggalkan.

Apa muslihat tiba-tiba berlaku mesra dan setia kembali kepadaku. Adakah sekadar lakonan agar aku tidang mengganggu mereka. Sekian lama tertipu membuat aku lebih berhati-hati.

Sabar sahabat ku... Kebahagian ada dimana-mana.

Sunday, September 16, 2007

Tazkirah Ramadhan - ZINA

DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Sekarang ini mendapat isteri perlu berhati-hati kerana yang disunting mungkin sudah ternoda atau dinoda atau penoda. Tapi bila difikir kembali sama sahaja, baik lelaki baik wanita semuanya pernah merasa hubungan seks sebelum bernikah lalu buat apa berpura-pura wanita penzina bersama lelaki penzina bukankah keduanya sama sahaja ?

Firman Allah, yang bermaksud: “Penzina lelaki itu tidak bernikah melainkan dengan wanita penzina atau wanita musyrikah (kafir) dan wanita penzina itu tidak bernikah melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik (kafir) dan yang demikian itu diharamkan kepada orang yang beriman” ( An-Nur : 3).

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Monday, September 10, 2007

Kena Gout lagi...

KIFARAH dari Tuhan menjelang Ramadhan

Dah nak puasa ni ada saja yang tak kena... Tahun lepas bulan puasa kena gout.

Gout bukan disebabkan oleh permakanan semata-mata. Termasuk juga kurang rehat dan tidor dan oleh tekanan perasaan. Tambah lagi satu bila kita rasa tiada siapa yang ambil berat tentang kita. Bulan lepas pun kena jugak..