Sunday, October 7, 2007

Lailatul-Qadr: The Night of The Power

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malamketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.

Berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:

* Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.

* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.

* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.

* Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Friday, October 5, 2007

Selamat Datang Keresahan

Selamat datang keresahan yang abadi.... keresahan lahir akibat bersetubuh dengan kedukaan, kedukaan muncul kedunia bersama adanya bahagia.

Resah, duka dan bahagia lahir kerana adanya CINTA...


Thursday, October 4, 2007

Terima Kasih

Terima kasih atas layanan yang diberikan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Kuala Kubu Bharu.

Kali ini tak sempat nak ambik gambar rekod rawatan.. (mungkin kesalah an kot?)

HTC TyTn II dah ada dipasaran hari ini

HTC TyTn II. Stok dah ada.
Mungkin sama dengan Dopod 838Pro yang aku guna sekarang kecuali memori dan prosesor yang lebih besar dan laju. Perbezaan ketara tersedia GPS.

Lebih tertarik kepada HTC Shift yang baru dilancarkan di Eropah minggu lepas.

Tapi dah nak raya ni banyak nak guna duit tapi jari rasa macam gatal pulak :-D

SRP RM3,288

Sekarang guna Motorola V3xx untuk surf internet guna laptop ACER 6290

Spesifekasi

Besok dapat HTC TyTn II. Stok dah ada.
Mungkin sama dengan Dopod 838Pro yang aku guna sekarang kecuali memori dan prosesor yang lebih besar dan laju. Perbezaan ketara tersedia GPS.

Sekarang guna Motorola V3xx untuk surf internet guna laptop ACER 6290



Spesifekasi


Tuesday, October 2, 2007

Solat Taubat

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)

  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah


  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhanselain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan akudi dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Musekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan akumengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • masing-masing ke hadhrat Allah.

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat

Solat Istikharah

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah

Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."