Wednesday, December 17, 2008

PERMAINAN KOMPUTER BALING KASUT KE ARAH BUSH

PARIS 17 Dis. - Satu permainan komputer di Internet yang diilhamkan daripada insiden seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush dilancarkan semalam.

Permainan yang digelar Sock and Awe itu dilancarkan oleh seorang rakyat Britain, Alex Tew menerusi laman web www.sockandawe.com dan setakat ini dikunjungi oleh lebih 1.4 juta pengunjung.

Nama permainan itu diambil sempena nama kempen ketenteraan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003 iaitu Shock and Awe.

Dalam permainan itu, pemain diberi masa 30 saat untuk menyasarkan balingan terhadap Bush sebelum ia bersembunyi di sebalik rostrum.

Muntadar Al-Zeidi, seorang wartawan Iraq telah membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS itu semasa lawatan perpisahan beliau ke negara berkenaan, Ahad lalu.

Tew, 24, sebelum ini pernah menarik perhatian dunia melalui laman webnya, milliondollarhomepage.com yang membantu 21 pelajar universiti menambah pendapatan dengan menjual piksel pada harga AS$1 (RM3.40) setiap piksel.

Jom kta main ramai-ramai Laughing

Thursday, December 11, 2008

Torrent speed

Torrent speed menggunakan Celcom mobile broadband di Hulu Bernam.
Melebihi 100kB/s tanpa melakukan apa-apa tweak.

Saturday, December 6, 2008

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa - Pemandangan persekitaran tempat kejadian

Masih berlaku aliran air bawah tanah dan dikhuatiri akan berlaku lagi gelunsuran tanah.
Difahamkan kawasan berkenaan suatu ketika dulu merupakan sebuah sungai yang ditimbus untuk tujuan pembangunan.
Projek perumahan terbengkalai di sebelah atas kawasan berkenaan juga mungkin penyumbang utama kepada kejadian tersebut. 

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa - Runtuhan susulan terus berlaku

Penghuni berhampiran di arahkan berpindah

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa - 3 mayat ditemui setakat ini

Hujan mulai turun ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan

Friday, December 5, 2008

3 disahkan maut

Perkembangan pada jam 10:30 pagi

14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

06/12/2008 9:01am


KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba.

Ketua Polis Selangir Datuk Thalib Abu Bakar berkata mayat dua beranak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi untuk bedah siasat.

Menurutnya, setakat ini seramai 93 mangsa telah diselamatkan dan ditempatkan disurau Jalan Bukit Antarabangsa.

Katanya operasi yang disertai kira-kira lebih 160 anggota penyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan lapan lagi mangsa yang terperangkap.

Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif kerana jalan utama ke kawasan tersebut tidak boleh dilalui.