Saturday, December 27, 2008

WINDOWS 7 BETA 1 BUILD 7000

Sedang dalam proses muat turun Windows 7 beta 1 tersebut.Versi ini munggkin untuk diberikan kepada syarikat OEM untuk mencuba dan membuat 'driver' dan mencuba keserasian  untuk perkakasan yang mereka hasilkan.

Untuk 'beta tester' MS mungkin mengeluarkan versi Beta 1 Build 7025.

Harap Windows 7 Build 7000 ini mampu untuk menggunakan secara optima RAM berkapisiti 4Gb. Vista cuma menggunakan 2Gb daripada 4Gb RAM yang terpasang di ACER TM6292 yang aku miliki sekarang ini.

Sekarang aku menggunakan Windows 7 Pre Beta Build 6956.

Friday, December 26, 2008

ISLAM TERUS DIHINA

Sampai bila kita mahu defensif

YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT

Al Fatihah...

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Seremban pada pukul 11.45 pagi tadi.

Demikian disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, lapor Bernama.

Tuanku Jaafar lahir pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 iaitu dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Thursday, December 25, 2008

MYSPACE MENGHINA NABI DAN TUHAN - ADIBAH SUNYI

Inilah harga bagi kebebasan yang dilaung-laungkan.
Tidak diketahui samada ianya benar di buat oleh penama tersebut atau ada pihak lain yang mempergunakan nama dan gambar beliau.
Adakah mungkin ini dilakukan oleh 'bangsa pendatang' untuk tujuan provokasi?

Lebih pelik lagi ada 'buddies' beliau dari kalangan polis yang merayu untuk mendapatkan seks. Gambar beliau berpakaian seragam polis. Entahlah.. apa nak jadi.

Aku sudah membuat laporan kepada pihak berkenaan seminggu yang lalu termasuk pihak MySpace setelah cuba menasihatkan pemilik profile tersebut tetapi tidak dihiraukan. Sebaliknya dengan angkuh beliau menemplak orang yang menasihati sebagai 'orang kampong'

MySpace tidak dapat bertindak kerana profile bukan didalam bahasa inggeris walaupun aku cuba untuk menyakinkan mereka.

Aku yakin wanita tersebut bukan pemilik sebenar profile myspace dan blogspot sebaliknya ada pihak yang menggunakan identiti beliau.

Untuk pengetahuan email aku ke JAWI 'bounce' sedangkan email tersebut diambil dari web JAWI dan gagal untuk mendapatkan email JAKIM kerana tidak dipaparkan dilaman web JAKIM.

BLOG MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW

Inilah harga sebenar kebebasan bersuara yang dilaung-laungkankan.

Sunday, December 21, 2008

Al-Fatihan buat keluarga AMIR SHARIFUDIN

INALILLAH WA INALILLAHIRAJIUN

Saudara kita AMIR SHARIFUDIN MOHD YUSOF telah kembali ke Rahmatullah
pagi 22 DISEMBER 2008.
Doakan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama para ambia', suhadah dan
solihin.
Semuga Allah jauhkan dari azab kubur dan api neraka keatas rohnya.

ALFATIHAH...

Amin.

smkkkb76.blogspot.com

Wednesday, December 17, 2008

MAC OS X LEOPARD 10.5.2

Kelmarrin selesai Install Windows 7 Build 6956
Hari ini mencuba install Mac Os X diatas platform AMD.