Singgah mkn di Paya Serai
Melalui Pantai Cherating
Dapat email balasan dari komen aku pasal iklan berbaur perkauman.
Terima kasih mudah.my
Dear Kamaluddin, Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Untuk pengetahuan anda,kami menerima lebih daripada 6000 iklan setiap hari di mana iklan-iklan tersebut akan diperiksa dengan seteliti yang mungkin.
Semasa proses tersebut, ada sebilangan iklan yang terlepas dari pandangan atau secara tidak sengaja diterbitkan dalam laman web kami. Kemudian, kami akan memeriksa semula semua iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my untuk memastikan iklan yang tidak bersesuaian dengan terma dan syarat yang kami tetapkan akan dibatalkan /dikeluarkan dari http://www.mudah.my. Kami sentiasa berusaha agar iklan yang diterbitkan dalam laman web http://www.mudah.my tulen dan bersih dari sebarang isu sensitif dan 'fraud'. Kadangkala, kesilapan manusia juga berlaku sepanjang proses ini di mana kami mungkin tersilap menerbitkan iklan yang tidak sepatutnya diterbitkan. Kami memohon maaf di atas kesilapan yang telah berlaku, sehingga tersilap menyiarkan iklan tersebut. Kami telahpun membatalkan iklan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengiklan terbabit. Beliau telah disekat dari menggunakan perkhidmatan kami seterusnya. Kami akan berusaha untuk memastikan iklan yang sensitif dan berunsur perkauman seperti itu tidak disiarkan lagi di masa akan datang di dalam laman web http://www.mudah.my. Sekiranya anda memerlukan keterangan lanjut dan mahu kami menghubungi anda secara terus, sila sertakan nombor telefon anda. Kami bersedia menghubungi anda bagi menjelaskan situasi yang berlaku agar anda berpuas hati dengan penjelasan kami. Kami berharap agar penjelasan di atas dapat membantu menjelaskan keraguan anda. Anda dialu-alukan untuk menulis kepada kami bagi sebarang keraguan di masa akan datang. Sekian, terima kasih. Noor - Mudah.my Customer Service http://www.mudah.my/ | The marketplace of Malaysia
Sebaliknya mereka telah dirujuk kepada jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana menggunakan dadah.
Mereka termasuk seorang pembaca berita berusia 22 tahun, yang berkhidmat dengan rangkaian televisyen swasta dan seorang pelakon wanita sambilan, yang juga penulis skrip.
Kesemua mereka ditahan dalam serbuan polis di sebuah bilik di tingkat 11 hotel empat bintang di Jalan P. Ramlee kira-kira 3.30 pagi semalam.
Ketika serbuan kesemua mereka berpakaian lengkap manakala beberapa kondom yang tidak digunakan juga ditemui.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Kominisioner Kanan (II) Ku Chin Wah berkata, kes itu telah dipindahkan ke jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana dadah ditemui di kawasan kejadian.
Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, ujian awal menunjukkan sembilan orang termasuk pembaca berita dan pelakon berkenaan positif mengambil dadah.
"Kesemua sembilan orang itu, yang berusia antara 20 dan 30 tahun didapati positif ujian menggunakan ekstasi dan ketamin dan mereka akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur Hospital untuk ujian lanjut," katanya.
Kang juga berkata, kesemua mereka akan direman hingga Ahad ini.
"Kami menyoal mereka untuk memberitahu sumber dadah diperoleh untuk siasatan lanjut," katanya.
Majistret Amalia Marsita Hamdan membenarkan reman ke atas mereka di bawah Seksten 15 (1)(a) Akta Dadah Berbajaya dan Seksyen 39A (1) akta yang sama.