Thursday, October 18, 2007
Friday, October 12, 2007
Wednesday, October 10, 2007
Monday, October 8, 2007
Malam Lailatul Qadr - Doa ku
1. we have indeed revealed This (message) In the night of power:
2. and what will explain to Thee what the night of power is?
3. the night of power is better than a thousand months.
4. therein come down the angels and the spirit by Allah.s permission, on every errand:
5. Peace!...This until the rise of morn!
-------------------------
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Malam ini mungkin malam yang mulia diantara hari-hari yang yang lain. Itu semua disembunyikan Allah dari pengetahuan kita kerana Allah mahu kita tidak menantinya sebaliknya dengan penuh tawaduq dan dengan keikhlasan melakukan amalan tanpa mengira masa. Sekiranya tercatit kita sebagai manusia beruntung maka ianya tetap milik kita.
Tidak kira siapa kita walaupun manusia yang jahil sekalipun berhak mendapatkannyanya sekiranya kita ikhlas keranaNya.
Aku akan menggunakan malam-malam terakhir Ramadhan ini untuk beramal dan tidak berhenti-henti memohon keampunan darinya dari dosa-dosa yang lalu. Aku bertaubat atas segala ketelanjuran aku selama ini.
Dan aku akan berdoa untuk kesejahteraan diri ku, keluarga dan seluruh umat Islam.
Kalau benar doa aku diangkat di malam-malam terakhir ini adakah aku mendoakan untuk bertemu kedamaian bersama yang lain?.. Sebenarnya aku tetap berdoa untuk mencari kedamaian bersama yang ada walaupun aku pernah dilukai. Aku berpegang kepada apa yang selalu aku katakan padanya.. seandai ada diantara kita berpaling tadah, maka terimalah rasa kesal sepanjang hayat. Bukan mudah untuk membina semula ikatan sebaliknya lebih mudah untuk mengekalkan ikatan yang ada.
Eh.. apa yang aku melalut dimalam Lailatul Qadr ini.
Allah maha mengetahui sesuatu yang ghaib dan nyata, yang kita sebagai makhluknya tidak mengetahuinya.
Mungkin ini tulisan aku yang terakhir di blog ini. Dalam keadaan berpeluh dingin aku cuma mampu berharap Allah memberikan aku kekuatan untuk terus bernafas dengan damai dan tenteram di dunia ini. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali ke asalnya.
Lailatul Qadr - mencari keredHaan
5. and when it is said to them, "Come, the Messenger of Allah will pray for your forgiveness", They turn aside their heads, and Thou wouldst see them turning away their faces In arrogance.
4. dan apabila Engkau melihat mereka, Engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu Yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan Yang dikehendaki). mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa Dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah Yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. mereka itulah musuh Yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah Engkau terhadap mereka. semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
5. dan apabila dikatakan kepada mereka: " marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan Engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh. Al-Muunafiquun 63:4-5
Untuk mencari keredhaan Allah di Malam Lailatul Qadr kita hendaklah bersih dari sifat munafik. Sejahil mana manusia itu mereka masih mampu mendapat keredhaan selagi tidak bersifat munafik.
Keredhaan bukan hak mutlak mereka yang tertentu sahaja. Siapa saja yang menjadi pilihan Allah akan mendapatnya.
