Wednesday, February 4, 2009

BN bentuk kerajaan baru di Perak

PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti
tiga kerusi.


Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin
Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada
Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar
Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.


Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut
mengumumkan kembali kepada UMNO.


Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding
PKR sebanyak 28 kerusi.


Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih
kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam
sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.


Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa
terdekat bagi memaklumkan perkara itu

No comments:

Post a Comment